Total Pageviews

Tuesday 14 January 2014

SEJENAK KITA MENDONGAK LANGIT...

Di kala kita bergembira dengan perayaan , bergembira dengan rakan-rakan ,meluangkan masa dengan keluarga .Di hidang dengan berbagai-bagai jenis makanan,pelbagai rasa dan aneka warna untuk memenuhi rasa kita sebagai manusia.Namun , adakalanya  fikiran kita melayang-layang sehingga menitis airmata tanpa kita sedari.Dalam diam ,dalam sunyi dan dalam sepinya itu timbul gambaran yang menyedihkan ... entah kenapa..mungkin gambar-gambar ini membuatkan ku mendongak langit ..sekadar berkongsi ...








Melihat anak-anak kecilku begitu gembira bermain...lalu meletakkan mereka di tempat kanak-kanak ini..
membuatkan hiba...tidak dapat aku membayangkan begitu sengsaranya keadaan mereka..

Friday 27 July 2012

MILA AF ADA SAUDARA ORANG SEBERANG ?

Betul ke Mila Af 5 ada saudara orang seberang.Apa yang Oyong maksudkan ialah pelakon wanita dalam drama bersiri SUITS dalam channel  astro DIVA .Pelakon yang saya maksudkan ialah Meghan Markle yang memegang watak Rachel yang tengah hot dalam drama suits Astro Diva.Bagi Oyong cam serupa je.Pelanduk dua serupa kot? terpulanglah kepada anda untuk menilainya Iye ke ? Jom pura-pura tengok.!!!


Meghan Markle (Suits)
     
Mila Af








Friday 20 July 2012






This is one of sabahan program that creating a business techpeneur that could be make you a succesful businessman.By the way, coz of this program i have meet new freinds that very well comunicated.They are so amazing and they always share you any idea and experience.

Before i meet them in this program, i have no freinds to this discuss my idea.I mean all idea, that maybe have oportunity to make a good business.As for me it was "wind of change" like the land below the wind started blow like a thypoon.....

surely..  Right now i will discover new idea and practice english language to improve my presentation for next competition.Hopefully win for next competition.




Look at this tiny ant it can beat big grasshoppers, coz they have courage and very hardworking insect.

Sunday 25 March 2012

Lastly dapatlah juga idea untuk menulis blog.Walaupun mungkin tak sehebat mana namun, saya rasa inilah pertama saya untuk kembali menulis.Sebenarnya saya sudah lama tidak menulis namun di sebabkan kerja saya sekarang ini melibatkan karang-mengarang, mungkin ada baiknya saya kembali menulis agar karangan saya dapat di perbaiki. Okay..sebelum saya bekerja dengan kerja saya sekarang ini. Keinginan saya untuk bekerja di bahagian pelancongan atau lapangan kerja di perhotelan amatlah membara sehingga saya berpakat dengan beberapa sahabat dari kampung saya untuk pergi ke bandar untuk mencuba nasib bekerja di bahagian pelancongan.Namun setelah beberapa kali memohon kerja.Keputusan yang diterima agak mendukacitakan.Sehingga ada seorang pekerja di bahagian perhotelan mencadangkan agar kami mengikuti kelas bahasa inggeris yang mungkin dapat membantu saya dan sahabat saya untuk memohon kerja di bahagian front office.


Deco photo 


Adoi... alangkah susahnya mencari kerja walaupun hanya sebagai "front office" . Namun di sebabkan minat dan semangat yang membara .Saya dan sahabat saya pun mengambil kelas bahasa inggeris selama 3 bulan.Di pendekkan cerita, selepas 3 bulan kami belajar bahasa inggeris maka, kami pun di uji dengan berbahasa inggeris di depan rakan-rakan kelas yang lain.Walaupun agak "Nervous" namun di gagahi juga kerana teringin sangat-sangat nak merasai bekerja di sektor pelancongan.Setelah kesemua kumpulan selesai memberi pembentangan .Maka kami pun di suruh balik dan kami akan di beri keputusan seminggu kemudian.Agak bernasib baik juga kerana saya dan sahabat saya lulus dan bolehlah kami  memohon kerja yang di idamkan.Sebelum kami balik guru bahasa inggeris kami sempat menasihati kami agar kami sentiasa bercakap bahasa inggeris agar kemahiran dapat di tingkatkan dan juga untuk membiasakan lidah katanya.

Study group sambil tackle friend yang cun2 he..he
Deco photo 

Sebelum mencuba memohon pekerjaan yang di idamkan itu sekali lagi. Saya dan Sahabat pulang ke kampung.
kalau beginilah balik kampung...
Deco photo 

Setelah  beberapa lama balik ke kampung .Saya sempat lagi pergi ke pasar mingguan atau Tamu.Secara kebetulan saya berjumpa dengan sahabat saya.Kami pun berbualah dalam bahasa inggeris dengan seronoknya sambil memesan beberapa ekor ikan masin.Hmm.....Ikan masing memang sedap kalau di goreng atau di bakar begitu sahaja.( Goreng pun Sodap).Sedang kami berbual dalam (bahasa inggeris) tiba - tiba sahaja ada seseorang menyampuk dengan nada yang agak tinggi.

Pasar ...
Deco photo 

Bunyinya lebih kurang begini " Ingat ini london ke? Kalau nak berbahasa inggeris jangan depan orang kampung ingat ini london ke? jangan berpura-pura berbahasa inggeris terutama depan perempuan". Aii apasal orang ni tiba - tiba melenting kataku dalam hati, sambil melihat kesana kemari .Memang banyak perempuan tapi kami bukan mengurat atau juga nak tunjuk temberang depan orang kampung. Di sebabkan di marahi tak tentu pasal oleh En.itu tadi dengan secara otomatiknya saya membalas balik dan mengatakan " Boss kami berbahasa inggeris kerana nak belajar bukan niat untuk menunjuk-nunjuk , Lagipun  bukan ke kerajaan mengalakkan kita mengalakkan untuk belajar bahasa inggeris selain bahasa melayu sebagai bahasa ilmu ? Itu memang betul , saya ni guru bahasa inggeris tapi taklah berbahasa ingeris depan orang kampung.
Lebih kurang beginilah orang tu marah...
Deco photo 

Di sebabkan  malas nak bertengkar di tengah - tengah pasar dan ikan masin yang di pesan tadi siap di bungkus , saya pun membayar harga ikan tersebut dan berlalu pergi dengan sahabat saya.Setelah agak jauh sikit dari beliau itu. Saya pun bertanya kepada diri saya sendiri apa pasal pula tiba-tiba beliau itu menyampuk, susahlah kalau begitu baru sahaja nak belajar sudah di salah faham.Menurut kefahaman saya tak kiralah dimana kita berada kita boleh berbahasa inggeris .Jangan sahaja kita berniat sebab bahasa itu ilmu dan juga saya merasakan yang sebenarnya bahasa inggeris sebenarnya banyak di gunakan dalam meningkatkan ilmu.Emmm... Contoh yang terdekat ialah search,google, refresh itu kalau yang berkaitan dengan komputer Contoh lain pula, dalam bidang mekanikal, spanner,sportrim.dll.Ini adalah bahasa-bahasa yang kita biasa dengar.Walaubagaimanapun, hidup mesti terus dan saya harus ke depan.....tak kira apa yang berlaku..Sekian sahaja dari saya dari Oyong Forevers bukan batman forever ya.......